Oct 15, 2009

Bila orang minta maaf tanpa buat salah pasti ada sebab.

Kejadian yang buat aku perlu berhati-hati selepas ini.

Semalam sebelum balik kerja aku ke bilik janitor untuk membasuh cawan-cawan teh yang aku gunakan. ye, cawan-cawan. aku menolak pintu janitor, dalam tak ada sesiapa. selalunye akan ada cleaner dok membersih. so aku pun basuh la cawan-cawan.

seminit kemudian masuk seorang cleaner lelaki warga Bangladesh. dia pandang aku, aku pandang dia. aku tak cuak cuma tak selesa bilik berdua-duaan dalam bilik bersama lelaki bukan muhrim. ceeewahhh...

tiba-tiba dia bersuara. 'sorry'. aku pun cam pelik la kan apasal dia nak minta maaf when he didn't do any wrong pun. so aku assume yang dia minta maaf sebab dia masuk bilik tu time aku ada. so aku pn cam tarahal la.dia pun keluar bersama batang mop ditangan.

selepas beberapa saat dia keluar, aku terbau sesuatu.

Cilaka punya mat bangla! hang minta maaf kat aku sebab hang bagi aku bau bau ketiak hang yang hangit rupanya! tak tahan punya pasai aku kluaq terus.

so dah paham tajuk entri aku?