Jan 12, 2009

aku terasa terpinggir.

Setelah hampir dua bulan meninggalkan Tower Records. aku mula rasa terpingir. bukan terpinggir tidak punya sesiapa. tapi terpinggir daripada pengetahuan tentang musik. terutama bout New Releases .Gila aku terpinggir. tidak tahu apa-apa langsung dah ni. Gila jam!

dua hari lepas aku ke kedai music bukan Tower Records, hahah.. aku tak suka sebut nama kedai selain Tower Records. Masuk je ke dalam kedai, aku terus serang bahgian New Release. Perghh!! banyak sehh Cd baru.

Nak melompat-lompat rasanya. tapi kena cover. kang kata aku memang Pyscho plak. gila, aku tak boleh senyap je tengok album-album yang best-best. kalau kat Tower Records dulu sure lari berdesup ke DJ Booth terus pasang. setiap New Release sure aku akan ON AIR kan. yela, kalau dah kerja kat kedai musik mesti la tau serba-sedikit jenis lagu. kang bila customer tanya tak de la ternganga dibuatnya.

aku ni plak jenis tak suka nak check online.Cos market Malaysia ni slow skit. kadang-kadang bila US dah released sebulan pastu baru Malaysia released. so kalau aku check pun tak guna cos bukan boleh dengar whole album. and aku bukan pengemar downloading from internet. tidak! aku tak suka! sebab tu sampai sekarang aku tak de MP3/MP4. gila skema. anak jiran aku yg darjah 3 pun dah up ade MP3. serious, 5 tahun beb kerja kedai musik. boleh dengar bermacam lagu kot. buat pe lagi MP3. and tolong la hentikan downloading. kesian artis-artis cari makan.senang-senang je buat cetak rompak. Cewahhh..

so ni la new releases yang sempat aku hafal kat kedai bukan Tower Records tu

Britney Spears, wanita kontroversi ni dah kembali. album dia kali ni aku rate kan as her best album so far.
Nickelback, aku tak berape into sangat band ni tapi aku layan gak previous album mereka. not bad at all.
The Killers, telah keluar album ke empat mereka. aku tak dengar lagi album ni. tapi aku meminati 1st album mereka.Mr brightside lagu Fav aku.
Kanye West,aku tak berapa suke mamat ni, walaupun aku peminat hiphop/rap tapi dia ni aku tak leh layan. and tak sangka album terbaru dia ni buat aku jatuh cinta. bukan dengan dia tapi ngan album dia. :)
Russell Watson Selain Andrea Bocelli, Josh Groban. Beliau adalah salah seorang penyanyi Opera yang aku minati.
Sheila On 7 Satu-satunye kumpulan dari seberang yang aku minati.aku meminati kesemua album mereka dan hasil ciptaan Eross.
Siti NurhalizaBeliau kini telah memiliki 13 album. dengar kata Datuk K suruh beliau berhenti menyanyi. hermm..
EstrangedDengan kejayaan album pertama, mereka dah lahirkan album kedua. gonna check it out soon.
Shontelle.aku memang tak sangka yang dia ni Black. suara dia menampakkan dia seorang White :)
Juno filem yang awesome bersama soundtrack yang sangat-sangat awesome.aku tidak pernah tahu wujudnya Moldy Peaches.Namun lagu Anything Else but You buat aku terus mendengar setiap ciptaan mereka. awesome awesome awesome.
David Archuleta 1st runner up of American Idol 2008 ni aku rasa dah makin popular dari pemenang utama American Idol. lagu-lagu beliau buat aku terhibur apabila memandu.
David Cook Mamat rock yang sangat telented tapi aku hanya menyukai dia di rancangan American Idol.
The Fratellis Band yang buat aku terus mendengar seluruh 1st album mereka apabila aku Terdengar lagu Whistle For The Choir.Sedap!
Jennifer HudsonRejected from American Idol and Award Winning actress dah ade album sendiri. wohoo!
Akon mamat convicted yang popular ngan lagu Lonely ni dah keluar Third Album. 'I wanna make love right now na na. gatai hang no. :)
Demi Lovato ini perempuan yang berlakon dalam siri remaja CampRock. aku tak penah tengok/ dengar album dia. tapi ala-ala Hilary Duff,Lindsay Lohan and Miley cyrus cam tu la.
Dido Dah keluar album ketiga setelah beberapa tahun senyap je. genre musik dia agak sama la. i like the new album. not bad.
Tracy Chapman dia ni buat aku confuse masa mula-mula dengar lagu-lagu dia. aku ingatkan dia lelaki rupanya perempuan.Aku meminati lagu Fast Car beliau. suara yang awesome.
Cradle Of Filth salah satu band extreme metal yang aku layan waktu pagi sebelum buka kedai kat Tower Records. best woo pasang kuat-kuat dengan soundsystem yg gempak. last-last pak guard Mall suruh slowkan. leceh tul! rindu zaman itu!
The Cure Ni band Fav abg aku. aku layan gak la kekadang band punk/gothic rock ni.yang ni tak ingat album keberapa tah. banyak sangat album nye.
Nitin Sawhney Dj yang membawa element electronica and jazz ni dah lama senyap.sekarang dah keluar album baru. layan gak dia ni.
Pink yang popular dengan lagu Most girl dan Family Portraits dah keluar album kelima. tak de beza pun genre dia.
John Legend mamat R&B soul ni lahirkan dah album ketiga. woohoo.. makin menjadi-jadi keBESTan lagu dia ni. :D
Plain White T's Selepas Simple Plan, group yang popular dengan hey there Delilah dari album ketiga mereka telah menjadi band boy kedua Fav aku. sekarang keluar album keempat. 'theres only ONE thing TWO do THREE words FOUR you.i love you.lalalaal'
Seasick Steve aku tak penah dengar album dia sebelum ni. tapi album ketiga dia ni buat aku tertarik ngan gesekkan gitar blues and country dia. sila la dengar. best wooo! oh lupa. beliau seorang tua.layan yang ni tengok!
Kaiser Chiefs mereka popular dengan lagu Everyday i love you less and less dan Ruby. dah keluar album ketiga dah.
AC/DC Otai rock dah keluarkan album yang keberapa tah. aku mana tau. heheh..
Ayo Wanita cantik yang berkulit gelap ini adalah wanita yang bertanggungjawap membuat aku jatuh cinta terus dengan acoustic dan membuat aku beli gitar rm300 tanpa tahu untuk memetik gitar. sampai sekarang fail lagi. sila la dengar.

Banyakkan?? cam mana aku tak de rasa nak lompat-lompat? haiss...

2 comments:

  1. aku juga suka Moldy Peaches- Anything Else But You kerana lagu itu sgt comel... suara mereka berdua sgt padan dengan lagu tersebut..

    ReplyDelete
  2. hah.. betul betul. comel gila dorng nyanyi..

    ReplyDelete