Jul 29, 2009

air mata aku berhenti disini. kau tetap dihati.

Aku masih meratapi pemergian insan yang aku sanjung. Allahyarham Yasmin Ahmad.Mungkin aku tak as lucky as 'anak-anak' beliau yang dapat bersama beliau selalu. Yang dapat memanggil 'mak' walau mereka bukan sedarah. aku kagum hubungan yang beliau lahirkan diantara mereka. hubungan Muhibah.Hubungan ini juga yang kita terap sesama kita.Mesti seronok dapat selalu bersama beliau. kawan aku pula pernah bekerja dengan beliau. dia cakap kerja dengan Yasmin Ahmad senang.

okay . itu bukan point sebenar. Tujuan entry ni kiranya aku nak kongsi dengan korang yang aku juga pernah ade Moment Terindah bersama beliau. hehehhehe.. mungkin tak la sehebat mana, tapi aku tetap bangga yang aku juga punya peluang untuk bertemu beliau.

Kali pertama aku menonton karya beliau ialah Rabun.Masa tu tayang kat TV3.. memula tengok cerita tu aku dah macam.Siapalah yang buat cerita ni ek. sangat berani tunjuk aksi-aksi realiti kehidupan orang Malaysia. Pak Atan and Mak Inom mandi sama-sama.. pastu satu watak tu naik basikal lalu lalang sambil buat superman. kelakar. Pas abes cerita tu aku tengok credits. so Yasmin Ahmad yang buat. Mula saat itu aku terus minat pada dia. bukan minat lain okay. minat dengan idea dia. Dengan karya yang berbeza dengan pengarah-pengarah filem lain.

Pada tahun 2003 aku mula kerja dengan Tower Records. best kerja kedai cd ni. dapat dengar macam-macam lagu. plus dapat jumpa artis selalu. tak kiralah ade artist in store or yang datang beli cd. Mula-mula aku masuk Tower Records, aku kena campak ke Mid Valley. masa tu nak yang kat KL Plaza. biasa la, lagi havoc. Tapi disebabkan aku ada masalah disiplin. Kak Ina tendang aku ke KL Plaza gak supaya kerja ngan otai sana aku leh serious skit dengan kerja. hehe..

Aku teringat satu malam tu aku ngan Abg Aus ngah buat sales count kat dalam office. Ngah kira duit .. tetiba hp Abg Aus berbunyi. Cakap punya la lama. pas dia letak aku pun sound.

'Amboi.. suara awek tu punya la sedap... tu la lama borak tu. Sapa tu bang? sedapnya suara..'
'Hang gila??!! dia ni dah pangkat mak hang tau dak.' Abg Aus cakap sambil gelak.
'Mak?? hang biar betui Abg Aus. aku masih blur.
'Hang nak tau dia siapa?? tanya Abg Aus.
'siapa?' aku tanya balik...
'Kalau hang yang tau .. dia Yasmin Ahmad. pengarah filem tu.' jelas Abg Aus.

Aku yag terkejut ni apa lagi.. sah sah aku ni peminat dia.. terus aku grab baju Abg Aus...

'Betui ka bang... ala.. kim salam dia na.. ceq minat gila kat dia.
ek'eleh ko ni.. Abg Aus terus tutup suis PC.. .. Jom Balik!

then kita orang pun cam terus jalan kuar sambil aku senyum senyum kambing kat dia...seronok tau kalau ko dapat tau pasal orang yang ko recpect and ko minat .. mesti terlebih excited.terlebih feel. hahahah.. ni baru dengar pasal dia.. belum jumpa lagi...

Selepas beberapa bulan kemudian. aku ke Midvalley balik. masa tu aku dah tak buat hal dah ... Ateh pun dah masuk kerja .. so satu hari tu ... stock sampai.... aku pun...biasalah . mana boleh tak excitedkan kalau stock baru masuk.. mesti check it out punya. heeh.. tetiba aku ternampak satu vcd tertulis RABUN.. aku grab dengan pantas. OMG !! trus aku menjerit... dah lama tunggu ni!! .. Kak Ina and Ateh malas nak layan.. sebabnya aku ni klu stock baru sampai je terlebih excited. kira-kira yang masuk lima. so aku amek satu and reserve. bila dapat gaji aku baru beli. few weeks later, ke empat-empat vcd Rabun tu dah abes. so yang tinggal cuma yang aku reserved. aku dah kasitau semua.. klu customer nak suh order lain. yang ni tak boleh. owh.. masa ni juga vcd and DVD Sepet dah kuar. aku dah beli cuma yang Rabun ni susah nak dapat. so tu yang aku reserve.

Pas beberapa hari .. masuk seorang wanita berbaju kurung.. sopan je.. senyum kat aku.. aku pun senyum la balik.. then tetiba aku baru tersedar.. aku pandang Kak ina ... 'Akak.. tu Yasmin Ahmad!! trus dah tak karuan.kelam-kabut.. Kak ina pun cam ko ni relax boleh. gelabah semacam. Mau tak nya..? Yasmin Ahmad beb!!! then arwah datang kat kaunter. bertanya ngan kiteorang

'Adik, akak nak tanya adik ada tak lagi vcd Rabun?

Kak ina pandang aku and aku pandang Kak ina.. dalam ati aku plak.. ala... dah la susah nak dapat .. tak kan nak let go...

Aku pun terus bagitau arwah yang vcd tu aku dah reserve sebab susah nak dapat.

lalu Arwah pun cakap. 'Boleh la dik jual kat Akak, Akak nak guna untuk filem baru akak Gubra. dah merata cari.

Aku pikir punya lama.. then aku give up.. aku terus cakap, 'tak pela.. saya boleh order and tunggu lagi..tapi untuk filem baru saya tak leh tunggu lama.. hehehe...

arwah senyum and cakap .. 'macam tu la. i lapchiu la dik'..

then aku suh dia tunggu jap. aku lari ke belakang amek vcd Sepet aku suh arwah sign. malangnye vcd Sepet yang disign tu tah mana gi nye. sayang betul..


aku tak kan lupa masa itu.. memang rasa excited sangat dapat jumpa arwah. beberapa tahun lepas tu aku pulak kena gi outlet KLCC.. best jugak kerja kat klcc.. ramai orang..masa kerja KLCC tahun bila Mukhsin dah kluar. selalu bila DVD sampai .. kitaorang mesti pasang untuk customer and untuk kiterorang kerja sambil menonton.. hehehe.. siap kali pasang je mesti abes punya. bukan nak kata apala.. sepanjang aku kerja kedai muzik ni.. Filem- filam Arwah la yang paaaaaliiingg banyak terjual. dan filem-filem Arwah la yang aku rasa(bukan aku je kot) satu-satunya filem MELAYU yang DIBELI oleh SEMUA kaum dan juga tourist-tourist dari luar negara. ada yang siap tapau bawak balik bagi family dorang kat sana tgk.. yang pelajar Malaysia pun beli banyak-banyak then promote kat Uni dorang. Bangga Beb! Aku pernah nak buat entry pasal beliau. tapi aku tak kesempatan. aku nak bercerita pasal filem-filem beliau. jualan DVD dan VCD filem beliau. aku nak sangat bagitau beliau. tapi masa tu aku macam belum bersedia. tak sangka. rupanya sekarang 'waktu' yang sesuai. tapi .. beliau dah tak ada.Agak kecewa..

so lepas beberapa bulan .. Arwah datang lagi kat Tower Records. kali dia cari lagu. Seronok sangat dapat borak ngan arwah. tapi masa dia cari cd.. dia datang cari Abg Aus juga. diorang ada perjumpaan apa tah. Abg Aus keluar lunch dengan arwah dah kawan-kawan arwah. pastu aku tak melepaskan peluang lagi sekali. aku ambik buku conteng aku.. aku hulurkan pada arwah. Minta autograph lagi. dia tanya nama.. aku bagi. terus tangan dia menulis sesuatu pada kertas. lepas tu dia bagi balk and senyum dengan ucapan terima kasih. Lembut dan sopan sangat cara arwah walaupun dia seorang yang lebih tua dari aku.

aku tak kan lupa semua saat-saat bersama beliau.Dari mula entry ni, air mata aku tak putus menitik. jari jemari pulak menggigil bila menaip.aku bangga kita semua memiliki beliau dalam hidup kita. aku bangga menjadi sebahagian dari mereka yang berpeluang bertemu beliau. aku juga bangga bila filem-filem beliau menaikkan nama negara.

Beliau yang menbuatkan kita kenal siapa KITA.
Beliau yang membuatkan kita faham agama SEMUA.
Beliau yang menjadikan Melayu, Cina, India itu SATU bangsa.
Kerana beliau kita bangga kita adalah warga MALAYSIA.

mungkin beliau sudah hilang dari pandang kita semua, tak akan ada didunia nyata. tapi beliau tetap akan sentiasa berada dalam hati aku dan semua warga Malaysia. Beliau tak mungkin ada gantinya. sama sekali tidak. setiap kali aku ternampak wajah arwah di suratkhabar.. air mata pasti berlinang. bila menonton apa saja tentang beliau di Youtube.. pasti juga air mata menitis. ya, mungkin cerita aku tak sehebat mereka yang punya pengalaman bersama beliau. namun bagi aku, sesaat bersama beliau adalah saat yang paling indah untuk aku. melihat wajah beliau yang senantiasa tersenyum itu lah yang membuat kita gembira dan tenang.kejujuran dalam karya beliau yang membuat kita semua bangun menempuh realiti. keberanian beliau membuat kita semua kuat untuk bersatu.beliau membuat kita sedar realiti kehidupan sebagai warga Malaysia. Kasih sayang yang beliau terapkan dalam filem-filem beliau membuatkan kita rasa kita berhak untuk ihsan kasih dari semua orang. beliau juga la yang membuat kita menjadi SATU keluarga.Sebab tu la, kehilangan beliau adalah sesuatu yang amat besar untuk kita semua.

Walaupun aku dan kam-kamu yang tidak ada apa-apa tali persaudaraan dengan beliau. kehilangannya cukup memberi kesan yang mendalam dalam hati semua. rasa pedih bila mengetahui saat beliau koma. rasa perit sangat bila mengetahui beliau sudah meninggalkan kita semua sampai bila-bila. Beliau mempunyai hati naluri yang sangat murni.

Aku berharap sangat 'anak-anak' yang dilahirkan beliau dalam dunia seni tanahair dapat meneruskan pejuangan beliau. mungkin bukan yang sama tapi lebih baik dari yang kita punya sekarang.

Puan Yasmin Ahmad. Terima kasih kerana memberi kami peluang untuk menikmati karya-karya bernas kamu. Terima kasih kerana memberi kami peluang mengenali kamu yang berjiwa indah. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin
Love you always and miss you dearly.
Al Fatiha.

1 comment: