Cuti sekolah telah mula dari minggu lepas... crowd di Mall makin bertambah.. apatah lagi dipenuhi kanak-kanak dan remaja-remaja yang menghabiskan masa mereka dengan pelbagai karenah. Mereka ini sudah terlalu advanced, datang Mall mesti ke panggung wayang..itu penting.. 'Zaman dan berubah,dunia dah maju' aku suka ayat ini.. tapi betul... mereka tak perlu lagi ditemani ibu bapa.
zaman aku dulu.. mama akan menjerit kalau aku mula berpakaian kemas... 'Kamu nak kemana?? buku tak baca asyik keluar aje.. masukkkkkk!!'.. aku yang sedih mula membuka kasut aku kembali sambil kepala tunduk dan terus masuk bilik... 'ini tidak adil,mama orang lain okay je..mama aku pulak leceh' aku mula memberontak..aku tukar baju..simple aje..t-shirt and seluar bermuda pendek. sedang aku hendak keluar.. hujan mula turun, aku kesah ape..aku teruskan rancangan dendam aku..
aku bersama teman-teman berbasikal merempuh hujan.. kami bersorak gembira.. mandi hujan beb..biasala kanak-kanak riang. tiba di satu simpang... kami kena turun bukit.. masing-masing berhenti. taknak turun sekali.. nak turun sorang-sorang.. okay aku set! bila tiba giliran aku..lupa ..aku memboceng kawan aku so aku tak turun sorang..aku turun dua orang.. semasa kami turun kawan aku bertempik..'gemuk, aku goyangkan basikal ni ekk' aku berteriak..'jaaaaaa..' tak sempat nak abes kan ayat aku ...kami dah terpelanting.. adui sakit ..kawan aku jerit..'gemuk...mulut kau..darah banyak'..bila aku nak bangun..tangan aku sakit.. aku bukak mulut..gigi patah..bukan satu..tapi hampir semua.. aku mula cuak..lalu berlari ke surau berdekatan.. berkumur.. kaki aku pun luka.. mula aku berbicara dalam hati..'habis la aku kali ni..macam mana nak balik.. nanti mama mesti marah..' walaupun takut..aku terpaksa balik..sebabnye ..sakit! lagi lima meter nak sampai rumah..aku nampak mama sedang menuju ke arah aku ...aku persiapkan diri... 'zaaapp'.seksa yang kedua..berdesing telinga aku dengan penangan lempang mama aku yang agak power itu..'nah ubat untuk semua ni..aku dah kata jangan ko degil'
mama terus membawa aku ke hospital besar kuala lumpur. sampai di bilik doktor..doktor berkata tulang pegelangan tangan aku lari ..so nak kenakan straight kan balik.. aku bertambah cuak..tak kan kena operation kot ... tapi syukur tak perlu.. dia kate kena tarik ke... aku ingat tarik biasa la.. 'adik tahan sikit k..sakit sikit je.' aku yang cuak buat-buat tak cuak sambil angguk.. doktor mengira kiraan 1 2 3.. 'tap'..seksaan ketiga 'Pu**mak'..sakit la bodoh..celaka punya orang!!!'' doktor itu terus memandang mama... 'anak puan ni laki ke pompuan? mulut dia mak oi'.. mama jeling kan aku.. sekolah nak bukak lagi 4 ari..aku dapat cuti 2 minggu..wahh ..best gila dpt cuti lame... hahaha...aku suka... ape lagi... jadi la aku anak raja..!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment