Sep 22, 2008

Tanah air ku tidak seperti dulu.

Suatu ketika dulu..

Mama : Sayang belajar rajin-rajin yer.
Aku : Tapi ini sekolah Cina, adik orang melayu.
Mama : Kitakan orang Malaysia, Bahasa Cina pun bahasa kita.
Aku : Boleh ye macam tu? Baiklah.

aku teringat ketika mama menghantar aku sebuah tadika cina di Setapak Garden. Pada masa itu aku tidak mengerti mengapa aku dimasukkan ke sekolah cina sedangkan aku seorang melayu. Aku bertanya pada mama kenapa aku harus ke sekolah cina. Jawapan yang aku terima agak kurang memuaskan. 'Dulu mama nak masuk sekolah cina, tapi Opah tak benarkan. So mama ambil peluang ni dan beri peluang pada kamu'. Aku pelik kerna aku tak pernah minta. Sekurang-kurangnya aku patut diberi peluang untuk memilih.

Hari pertama aku menjejak kaki ke tadika. Aku mula risau. Kerna aku melayu, aku tak pandai berbahasa cina. Mungkin sukar untuk aku berkomuinikasi nanti. Aku menarik nafas dalam-dalam.'Tak apa, aku mesti boleh' berkata aku dalam hati.

Amoi : Kamu siapa nama?(berbisik aku sendiri,'fuh,teror amoi ni cakap melayu)
Aku : Gemuk.
Amoi : Tidak ada nama lain?
Aku : Ada, Buntal.
Amoi : Oh, saya amoi.

Aku ada kawan baru .. Amoi.. Aku mula rapat dengan dia. Dia juga la yang banyak membantu aku dalam mempelajari Bahasa Mandarin di sekolah. Katanya, dia berbahasa melayu kerana keluarganya mempunyai orang gaji melayu. Kami semakin rapat hingga ke sekolah rendah. Ketika aku sudah pandai berfikir. Baru aku sedar tujuan mama menghantar aku ke sekolah cina. Disini, tidak ada istilah Melayu,cina dan india. Disini,Kami belajar untuk bersatu. Tidak kira bangsa dan agama.

Setelah habis sekolah menengah, aku mula mencari kerja. Aku amat bertuah kerana aku ditawarkan bekerja kerana kelebihan aku berbahasa Mandarin. Aku bangga. Terima kasih mama! Aku senang dapat kawan. Semua kata aku ni hebat. boleh cakap Mandarin. Aku semakin riak. Bukan apa, bila orang mula memuji kita mesti la suka dan bangga. Hanya kerana aku boleh berbahasa Mandarin, Aku dikenali dan mudah rapat dengan orang-orang cina. Mereka suka orang melayu ada kelebihan.

Tapi itu dulu.. sekarang??

Sekarang?? susah nak jangka. Nak-nak lagi bila negara kita ni heboh tentang isu perkauman. Aku bosan bekerja tempat kerja sekarang. Aku mula mencari kerja baru. Temu duga merata-rata. Sekarang susah nak dapat kerja. Tambahan pula kalau tempat yang kita apply di dominasi oleh kaum cina. Aku pergi sebuah syarikat.Dari mula aku masuk, hanya 2/3 kerat orang melayu yang aku nampak.Majoriti mereka adalah Cina.Setelah masuk untuk ditemu duga, tak sampai setengah jam aku selesai ditemu duga. Kali ini dah masuk kali ke 3 aku tidak ditanya mengenai kelebihan aku berbahasa Mandarin. Aku mula pelik..

Lelaki Melayu : Temu duga ke?
Aku : Iya
Lelaki Melayu : Jangan terlalu mengharap ya.
Aku : Mengapakah?
Lelaki Melayu : mereka dah tak ambil melayu bekerja.

Patut la.. aku tak faham. Negara makin maju. Namun dalam kemajuan yang dikecapi. Perpaduan antara kaum dan agama mula merosot. Kenapa ianya berlaku?? Perebutan kuasa mungkin. Aku tidak pandai berkata Politik. Itu luar bidang aku. Namun, kemerosotan ini datang dari mana? aku rindu pada keadaan aku berkongsi makanan dengan Amoi, tak perlu risau. kerna Amoi faham Halal haram. Kini,macam mana aku nak cari 'amoi'? Rakan cina ku sekarang makin berani. 'Ala babe, makan sikit je Bak Kut Teh ni, bukan mati pun' atau 'Babe, Mari la Tonggang'. Aku bingung, manusia sekecil Amoi pun pandai menghormati aku, Ini kan pula rakan-rakanku yang boleh bergelar bapa. Kadang-kadang aku mula rimas untuk berkawan. Aku tidak menyalahkan Kaum mereka. kerna kaum aku juga tidak kurang juga 'hebatnya'. Mana tidak nya, bila orang mengejek 'oi babi la kau ni' Hah mula la panggil satu kampung. Tapi bila ke kelap malam, Arak jadi hidangan pemberi kuasa. Kuasa ke alam 'Kesetanan'.

aku bukan seorang insan yang sempurna kerna aku juga tidak lari dari dosa. Tapi aku perlu kan kemesraan seperti dulu. Kepercayaan dan peluang untuk maju. Berganding bahu sesama manusia.Gelak ketawa tentang apa saja. tidak ada pemilihan jenis kulit. Aku mahu itu kembali.Kini, semua itu hilang menjadi-jadi dan tinggal hanya aku dan angan-angan sendiri.

4 comments:

  1. tolong jgn buang bahasa mandarin itu dari hidup kau. Sebab itu adalah impian aku utuk fasih berbahasa mandarin. tapi tak dapat peluang. Aku juga rasa kita patut belajar setiap bahasa dekat negara ni, sebab kita bangsa malaysia.

    ReplyDelete
  2. tak mungkin akan aku buang kerna sudah lekat dalam hidup. cuma kesal ianya tidak di pandang sebagai satu kelebihan lagi. kau masih boleh belajar kerna mandarin bahasa yang senang. cobalah!

    ReplyDelete
  3. Nice entry. Yeah, saya hairan kenapa tak boleh sebut babi tapi org minum arak tak heran pun?

    ReplyDelete
  4. @neem,
    tu la kan. lumrah manusia.

    ReplyDelete