Nov 30, 2008

orang dewasa kalah pada kanak-kanak.

semalam... abg aku datang jemput selepas aku balik kerja. aku tak drive sebab dia guna keta. ade kerja katanya. so dalam kereta, dia menceritakan ape yang yg terjadi di rumah opah. opah aku adalah seorang babysitter. Maya adalah salah seorang daripada kanak-kanak yang ade dirumah opah. Maya berusia 4 tahun dan petah bercakap. Maya juga adalah pernghibur kami sekeluarga. comel+ bijak+ petah bercakap= budak comel yang awesome!

abg aku kata Maya buat dia terkedu sampai tak terjawap. dia kalah pada Maya.aku pun tanye la kenapa. dia pun mula la bercerita.kejadian berlaku ketika abg aku sedang melipat pakaian dia.

Maya: eh, lipat stokin sekali?
Abg aku: yela. oh ye,Nanti bila Maya pergi sekolah kena pakai stokin tau.
Maya: oh, kena pakai? kalau macam tu Maya nak pakai stokin hitam la.
Abg aku: eh, mana boleh. kalau pergi sekolah, semua kena pakai stokin putih.
Maya: apesal pulak tak boleh, Maya kan pakai kain. bukannye orang nampak.
Abg aku: tak boleh la, nanti cikgu check.
Maya: eh eh, apesal pulak. cikgu mana boleh CHECK, cikgu tu bukan doctor! iskkk! *maya menjawap sedikit marah*
Abg aku: ...... *kat sini la dia kalah pada Maya. speechless.

aku bantai gelak kuat-kuat dalam keta. haha.. terkena. macam tu la..kanak-kanak sekarang dah pandai menjawap. cerdik.

2 comments:

  1. adik sepupu aku pn macam tu...
    petah gilak maw mati...hee

    ReplyDelete
  2. adik sepupu aku pun camtu..
    petah gilak maw mati kalu becakap...hee

    ReplyDelete