Dec 7, 2008

yoga dianggap haram tapi persediaan krismas sebulan awal meriah.

yang ni aku memang agak angin juga la. masa Hari Raya, 2 minggu sebelum baru la sibuk-sibuk nak gantung perhiasan menyambut kedatangan aidilfitri di semua tempat terutama Mall- mall kat Malaysia ni. tapi 4 ari selepas Hari Raya terus turunkan semua. Paling sedih Deepavali, 2 hari nak Deepavali baru naik dan sehari selepas Deepavali dah turun semua perhiasan. tub tub terus gantung persediaan Krismas. silap. bukan sebulan awal,DUA bulan awal.Ini ke yang dikatakan MALAYSIA adalah negara ISLAM.

maaf kalau aku keterlaluan, tapi bagi aku keadaan ini menyedihkan. yela, kemana sahaja kau pergi semuanya sekarang ni semua dekorasi untuk Krismas. Mall-mall utama Kuala Lumpur penuh dengan kiosk-kiosk barangan beraneka untuk perhiasan Krimas. Mall-mall berlumba-lumba dengan hiasan tercantik. Paling best pokok krismas tertinggi didirikan di KLCC. tahun ni aku tak tengok lagi KLCC ade ke tak pokok Krismas tertinggi mereka. tapi beberapa tahun lepas mereka dirikan pokok yang sama.dan terbaru aku nampak depan enterance Pavillion dah ada satu, walaupun tak setinggi KLCC tapi besar juga bagi aku.

aku akui, negara kita negara yang berbilang kaum. tapi perlu ker persediaan se grand macam ni? takkan sebab negara kita banyak foreigner kita perlukan semua ni untuk menarik kedatangan mereka kan?? banyak lagi cara kot.aku tak faham. sungguh.

yang bestnya bila ada sekumpulan rakan-rakan melayu aku bertanya.

'weih, hang sambut krismas kat mana? club mana? mai la countdown skali.' tok hang countdown sambut Krismas! hang dungu ka apa nak ajak aku sambut hari kelahiran Jesus Crist.Maulud Nabi awat hang tak pi? sat, tau ka Maulud Nabi bila? walaupun aku tak pi perarakan tapi aku tau juga Nabi Muhammad SAW lahir 12 Rabiul Awal. dan yang penting aku tak sambut sambutan Krismas.

Mengalakkan sambutan Krismas ni hukumnya apa pulak? perhiasan untuk sambutan aidiladha mana? aku tak nampak pun?

Esok Aidiladha, jom pi tengok acara korban?

Salam Aidiladha semua!

No comments:

Post a Comment