okay, sambung masa 1st day aku masuk kerja. 1st aku mula buka mulut untuk berborak was with Kak Ina. Memang poyo aku rasa masa tu, 'Susah jugak nak cari Tower Records ni kan?' tapi sebenarnya mmg tak susah pun. Biasa la bila jumpa orang baru mesti gugup tak tau nak cakap apa kan. so soalan-soalan bodoh mula la terpancul. Kak Ina ngan muka kerek dia(serious mmg kerek dia masa tu) jawap. 'Mana ada susah'.waahh tak padan ngan kecik. gila kerek! oh lupa nak bagitau, aku bekerja sebagai juruwang. aku tak rasa ramai yang paham. Cashier maksudku.
Seminggu masuk kerja tak banyak sangat yang terjadi. yela, staff baru tak kan cepat sangat rapat ngan seniors. masa aku masuk staff yang ada ialah Lydia(cashier), Afzal(pop/rock), Faizal(Vcd,Dvd) dan aku tak ingat la sape lagi maaf. nnt bila dah ingat aku bgtau k... Lydia terkejut bila dapat tau aku boleh berbahasa Mandarin. So tiap kali dia nak berborak dia akan berMandarin ngan aku. *Bahasa Melayu nye agak koyak* Bagus jugak, dapat aku polish Mandarin aku yang dah berabuk.
Kerja ngan mereka yang cool ni mmg cool. tak rasa cam kerja pun,lebih rasa having fun. yela, grouping, borak sana sini, ngumpat sana sini. seronok lah! Saat paling best bila stock masuk berkotak-kotak. bukan satu dua ye tapi kadang-kadang smp lebih puluh kotak. dalam satu kotak lebih kurang seratus Cd,so kalau sepuluh kotak berapa Cd anak-anak?? sila kira sendiri ye. Math aku cam Gampang! Rasa syok bila bukak semua kotak. bila bukak je kotak and nampak Cd yang sangat diminati, terpekik dan terkinja la jadinya. macam orang gila. serious, aku penah kena lepuk ngan Kak Ina sebab over excited bila dapat Cd N'sync. ye aku akaui mmg aku die hard fan mereka. Sampai sekarang masih lagi kalau kalian nak tau.
okay ni belum smp lagi tang seronok nye. yang seronok bila nak letak 'Garisson'(alat anti pencuri). memula belajar nak bukak mmg sakit la jari jemari ku yang halus ni, bila dah lama skit fuh! laju! sama la bila nak masukkannya.(jangan bayangkan benda lain. sila berpikiran bersih, walau aku mmg berpikiran ke situ) 'tuk tak tuk tak' bila mengetuk Garrison kat meja' kononnya teror la tak yah guna jari. Pastu aksi yang best juga bagi aku bila susun Cd cam menara pastu letak tanda harga dengan sepantas yang mungkin. Kak Ina, ingat lagi tak masa kita lumba siapa yang bukak Garrison and letak price tag paling laju? Gila best time tu. Semestinya aku kalah. gila kau, dia senior beb sure la bapak laju. Dia kecik tapi dia pantas okay!
Masa aku mula kerja, sistem yang digunakan ialah trans/trons. sistem ni mmg aku suka. senang guna, tak hang, sangat detail.perasaan aku sangat best menggunakannya. type je ape sahaja keyword mengenai musik, filem, majalah pasti akan keluar. hah. satu lagi yang aku tak leh lupa pasal sistem ni bila Kak Ina tunjukkan sesuatu yang aku ketawa terbahak-bahak sampai nak menangis. serius aku sendiri tak terbayang yang ada juga orang akan buat lawak gampang cam ni. 'GemuQ jangan terkejut tau. cuba GemuQ type 'Hisham' nanti GemuQ tengok ape yang kuar k'. aku pun ape lagi, nak tau sangat aku pun type la laju-laju kan. WTF! %!#$$%$^@%@.. semua jenis carutan aku keluar kan. mahu tak nye.. nak tau tak ape yang keluar?? kalau korang jua keluarkan carutan itu bukan sesuatu yang pelik untuk aku. hah.. ni ayat yang keluar 'CIPAP MASAM MASIN'. wtf kan?? kan?? hah! aku dah kata. mmg sial aku rasa masa tu. nak marah tak leh sebab aku dah gelak cam gila. nak suka tak leh gak sbb itu alat kelamin wanita kot. Malu beb! haizz..
* bersambung....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment